Saturday, March 27, 2010

Gift






FREE GIFT FOR EVERY PURCHASE RM300 AND ABOVE IN A SINGLE RECEIPT
TERMS AND CONDITIONS APPLY

Special gift hamper decorations for regular customer

HAMPER BINGKISAN TRADISIONAL
HAND MADE BISKUT HARI RAYA




HAMPER KARUNG KASIH


HAMPER SONGKET AIDILFITRI HAND MADE COOKIES

Special Foods

COOKIES                                                         

Fresh Homemade "TEAR BADAM COOKIES,SPANISH BAR COOKIES & SPECIAL SALJI COOKIES" The best you'iL ever taste.I highly recommend this for self indulgence,gift,hantaran,breakup snacking and festive season! Available all year round.
ORDER STRAIGHT HERE : 017 6680662.


Fresh  Homemade

 "SPECIAL MUFFIN,CAKE,TATS AND CUP CAKE"

The best you'iL ever taste.I highly recommend this for self indulgence,gift,hantaran,breakup snacking and festive season! Available all year round.
ORDER STRAIGHT HERE : 
017 6680662.

BANANA MUFFIN
RM 2.00 / PCS
MINIMUM ORDER 50 PCS
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
RM 2.00 / PCS
MINIMUM ORDER 50 PCS


SPANGE CAKE WITH BUTTERCREAM
PRICE : RM 75 / PCS
SIZE : 1 KG


CHOCOLATE CAKE WIF BUTTER CREAM AND BLACK FOREST             PRICE : RM 75 / PCS                                  SIZE : 1 KG
FRUITE TATS                   PRICE : RM 3.50 / PCS                      MINIMUM ORDER 50 PCS
VANILA CUP CAKE WIF BUTTER CREAM                   RM 3.50/PCS                                          MINIMUM ODER 25 PCS/BOX

Thursday, March 25, 2010

Catatan Ummie

Salam sejahtera...ikutilah dan sertailah coretan mengenai ibu bapa,anak serta pelbagai infomasi yang berguna dengan kata, alami dan selamilah alam yang penuh kejaiban.

8 CARA TIDURKAN BAYI

1) KATIL
Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur.Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.
2) MASA TIDUR
Ciptakan jadual tidur yang teratur secara rutin.Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap,maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur.Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama.
3) BERSIHKAN BADAN
Badan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya.Pastikan anda sudah memandikan bayi,menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya.
4) MENYUSU
Aktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil.Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya.
5) TEPUK DAN DODOI
Bayi suka mendengar irama lembut didodoikan ketika mata hendak terlena.Apatah lagi jika diiringi dengan tepukan lembut di punggungnya.
6) INGATAN WAKTU TIDUR
Untuk mencipta rutin tidur bayi,sentiasa ingatkannya sudah tiba masa untuk tidur.Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Adik,sudah tiba masa untuk tidur' atau 'selamat malam'.
7) BERMAIN SEKETIKA
Berseronok dan bergurau dengan si kecil boleh membuatkan dia letih dan sekaligus memudahkan untuknya tidur.
8) GUNA PENANDA
Tiada salahnya menggunakan prop tertentu bagi menandakan sudah tiba masa untuk tidur.Membaca buku misalnya boleh mengasyikkan si kecil dan dia tahu sudah tiba masa untuk tidur. 
5 KAEDAH MEMAKAI BAJU BAYI

1 - Baringkan bayi anda di atas tilam nipis menyalin pakaian.Pastikan ia bersih dan selesa apabila bayi dibaringkan.
2 - Pegang baju tersebut dan kumpulkannya di dlm kedua-dua belah tangan anda.Letakkan pinggir belakang baju pada bahagian atas kepalanya untuk memudahkan anda memakaikan bajunya.
3 - Setelah tangan digunakan untuk mengangkat kepala supaya bahagian belakang baju berada di sekeliling lehernya dan terletak di belakang bahunya.Dengan perlahan-lahan,angkat kepala dan bahagian belakang bahunya supaya baju mudah disarungkan pada lehernya.Kemudian turunkan kepalanya semula ke tilam menyalin pakaian dengan berhati-hati untuk mengelak daripada kepalanya terhantuk.
4 - Jika baju itu berlengan panjang,masukkan semua jari sebelah tangan anda ke dalam lengan baju yang pertama dan regangkan dengan lebar supaya tangan bayi dapat melalui ruang lengan baju itu.Pegang buku lima bayi anda dengan tangan anda sebelah lagi untuk memudahkan baju itu dipakaikan.
5 - Pegang tangan bayi anda dengan tangan anda yang pertama dan dengan menggunakan tangan anda yang sebelah lagi,lakukan lengan baju dalam tangan bayi anda.Tarik baju ke bawah di bawah tangannya.Lakukan perkara yang sama dengan baju yang satu lagi.
PANDUAN BELAJAR

Secara dasarnya anak mula memahami sesuatu atau mendapat ilmu melalui pengamatannya.Sejak lahir hingga dewasa,80 % ilmu dipelajari melalui apa yg mereka lihat,dengar,rasa dan sebagainya.Walau bagaimanapun,kesemuanya tidak mencukupi.Mereka perlukan bantuan anda utk mendalami ilmu yang diperoleh.
Lazimnya anak tidak akan tahu punca dan sebab sesuatu itu berlaku.Misalnya,mengapa air panas,mengapa air sejuk,mengapa kipas berangin,mengapa makan sayur perlu dan sebagainya.Jadi anda perlu memberikan "ilmu" berkenaan kepada anak agar pemikiran mereka lebih luas dan kritis.
Disini Ummie memberi sedikit kaedah atau panduan yang dapat membantu anda memperkenalkan anak kepada ilmu pengetahuan.Antara kaedah yang Ummie praktiskan ialah:

BERKAWAN DENGAN BUKU
1) Perkenalkan anak kepada buku.Buku adalah sumber ilmu pertama yg perlu diperkenalkan.Selain dapat memperkenalkan beberapa perkara,buku juga bertindak sebagai bahan rujukan.Untuk anak kecil,pastikan buku yg diberi mempunyai byk gambar serta bewarna menarik.Bila anak meningkat dewasa,berikan anak buku yg byk teks supaya mereka dapat berfikir dgn lebih kritis dan kreatif.

2)Untuk permulaan,anda blh mengajar huruf dan nombor kepada anak.Cara ini sgt berguna untuk tujuan jangka panjang.Apabila anak sudah mengenali nombor serta huruf,anda mudah mengajar anak membaca pula.Dengan cara ini,anak anda dpt membaca buku sendiri tanpa bantuan org lain.Apabila membaca menjadi mudah,minat membaca.
3)Belikan anak buku yg digemarinya sebagai galakan.Jangan di paksa.Ada sesetengah ibu bapa memaksa anak2 membaca buku yg tidak mereka gemari.Akibatnya,minat membaca anak terbantut.Lama kelamaan,anak merasakan bahawa membaca itu seperti hukuman bukan untuk keseronokan.
4)Sediakan satu jadual masa utk seluruh ahli keluarga membaca.Mungkin selepas pulang dari sekolah atau pada waktu mlm.Tidak perlu lama,cukup setengah jam hingga 1 jam sehari.INGAT!lakukannya secara konsisten.

5)Paling utama adalah jadikan diri anda sebagai model kepada anak2.Lazimnya,anak akan mengikut gaya hidup ibu bapanya.Jadi,sebelum mengajak anak utk gemar membaca,anda perlu tunjukkan yg anda juga gemar membaca.Dari siru,proses menyemai cintakan buku akan menjadi lebih mudah.
6)Bacakan buku utk anak2.Ini adalah salah satu cara bagaimana anak tahu bahawa aktiviti membaca bukan sekadar "membaca".Tetapi lebih daripada itu.Perasaan disayangi akan lebih dirasai sehingga aktiviti membaca menjadi lebih menyeronokkan.Jadi,bacakan anak buku walaupun anak sudah pandai membaca sendiri.Jadikan sesi membacakan anak buku sebagai"wajib"sekali dlm seminggu.

SAINS ITU INDAH
1)Jangan anggap sains tdk penting.Meneroka alam sains sebenarnya sesuatu yg menyeronokkan.Lebih lagi bila semua eksperimen yg dilakukan menunjukkan hubung kait antara manusia dan alam sekeliling serta mengetahui punca setiap kejadian.Dari situ juga anak akan mengenali dunia dgn lebih luas.

2)Menarik,anda perlu melakukan beberapa eksperimen.Ia penting agar anak lebih memahami punca atau sebab kejadian.Tidak perlu beri eksperimen yg rumit.Cukup cara ringkas tapi berkesan.cthnya,perubahan air sejuk ke panas.Terangkan,api yg keluar dari tungku dapur akan memanaskan air.Jika air tadi dibiarkan seketika,air sejuk kembali.Begitu juga dgn ais,bila didedahkan pada udara ais akan cair.
3)Sebagai tambahan,anda boleh membeli buku ensiklopedia berkaitan sains.Anak akan mendapat rujukan tambahan.Selain itu,buku ni juga blh dijadikan sebagai penjana minat anak pada dunia sains yg menarik utk diterokai.

4)Lebih menyeronokkan,bawa anak ke pusat sains seperti Pusat Sains Negara,Planetarium Kuala Lumpur,Petrosains dan sebagainya.Di sini anak akan didedahkan dgn pelbagai keunikan sains yg sukar utk anda bina di rumah.Pelbagai kejadian juga akan dipelajari misalnya kewujudan graviti,momentum pergerakan,teori sains dan sebagainya.

TAJAMKAN MINDA DENGAN MATEMATIK
1)Kehidupan kita penuh dgn matematik misalnya bangun pagi pukul berapa,harga ikan berapa ringgit,berapa kali mkn dlm satu hari dan banyak lagi.Jelas bukan,semua rutin harian anda melibatkan matematik.Jadi,adalah penting utk anak mempelajari matematik.

2) Peringkat awal,anda boleh perkenalkan anak dgn nombor.Dari 1-10,diikuti dgn nombor puluh,ratus,ribu dan seterusnya.Tapi ingat,memperkenalkan anak kepada nombor bukan sekadar nombor tetapi nilainya ekali.Tanpa mengetahui nilai,anak tidak mudah memahami konsep tambah,tolak,bahagi,kali dan sebagainya.

BAHASA ITU INDAH
1) Bahasa ibunda saja tdk mencukupi utk generasi masa kini.Mereka perlu menguasai lebih drpd satu bahasa.Bahasa inggeris misalnya,sangat penting kerana ia digunakan di peringkat antara bangsa.Oleh yang demikian,pastikan anak2 kita di dedahkan dengan bahasa antarabangsa ini agar dapat bersaing bila besar nanti.
2)Memulakannya,anda perlu membiasakan komunikasi di rumah dgn bahasa berkenaan.Dari sehari ke sehari,penguasaan bahasa tersebut kian meningkat.Tidak perlu menghantar anak ke kelas  tambahan / kelas khas untuk bahasa tersebut.Kerana cara ini tidak mungkin berkesan tanpa pendedahan di rumah.
3)Belikan buku yg menggunakan bahasa tersebut.Misalnya,buku cerita bahasa inggeris.Selain dapat menambah himpunan perkataan bahasa tersebut,buku cerita pun dapat menimbulkan rasa seronok anak.

4)Kamus.Sangat penting bagi tujuan rujukan.Oleh itu,pastikan di rumah anda dilengkapi dengan kamus sebagai rujukan.

GALAKAN DALAM PELAJARAN
1)Berhati-hati ketika menetapkan matlamat atau tujuan.Jangan menetapkan matlamat yg tdk sepadan dgn kemampuan anak.Kebanyakkan knk2 tidak mampu memberikan kepuasan 100% kepada ibu bapa.Harapan terlalu tinggi  jangan harapkan pada anak-anak.Sekiranya anda meletakkan harapan yg terlalu tinggi,akhirnya boleh mengecewakan.Bukan saja kepada anda tetapi anak anda juga.Jika anak mula patah semangat,perasaan sedih dan kurang keyakinan akan mula menguasai diri anak.
2)Salah satu cara menunjukkan contoh yg baik kepada anak adalah dengan melakukan sendiri sesuatu perkara itu di depan atau bersama anak.Ini bermakna anda tidak boleh bergantung kepada arahan semata-mata.Contohnya,mengajar anak memasukkan sampah kedlm tong sampah.Anda perlu melakukannya dahulu.Jika anak memegang sampah,anda perlu membawa anak dan memperkenalkan tong sampah serta kegunaannya.Dari siru,anak mula mengetahui satu-satu perkara yg perlu dilakukan.Di samping itu,anak turut tahu erti disiplin.
3)Ucapkan taniah -Berikan perhatian pada kejayaan2 kecil yg dicapai oleh anak setiap hari.Cubalah untuk tidak memberi tumpuan pada kekurangan dan kelemahannya.Sebaiknya perhatikan dan beri pujian pada setiap tindakan atau kemajuan positif yang dicapai.
4)Cara paling ideal utk knk2 dan bayi belajar adalah perhatian org dewasa ketika anak sedang bermain.Lebih-lebih lagi ketika anak mula bermain menggunakan minda dan fizikalnya.Hal ini penting kerana ketika bermain bersama anak,anda boleh bercakap dan bertukar pendapat.Perhatian dan minat yg ditunjukkan oleh anda membentuk pemikiran anak lebih positif dan cerdas.
5)Jangan terlalu dimanjakan.Ia adalah tindakan yang tidak baik dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak.Walaupun tujuan anda ialah menunjukkan sikap baik hati,namun terlalu menurut kehendak mereka boleh menjadikan anak seorang insan yang tidak boleh berdikari.Mereka tidak ada daya dan sukar untuk menangani hidup di kemudian hari.
6) Satu nasihat penting buat ibu bapa,jangan habiskan masa dan wang yang banyak mengikuti program perkembangan minda atau membeli kad imbas.Begitulah dengan kaedah menjana minda menggunakan muzik klasik.Anda tidak perlu susah payah mencari kaset atau cakera padat muzik Mozart(kecuali penggemar muzik ini)
    ABIE'  IDOLA                            
Rasullullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud,          "Sebaik - baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah – lembut terhadap isterinya”. Malah baginda tidak segan silu untuk membantu isterinya di dapur mahu pun menampal baju baginda sendiri. Begitulah prihatin, sabar dan tawaduk baginda sebagai ketua keluarga.
Memang mustahil untuk kita menjadi sesempurna Rasullah S.A.W. Tetapi tidak mustahil untuk kita berlemah – lembut pada isteri dan anak – anak. Menjadi seorang Abie yang prihatin terhadap keperluan rohani, emosi dan fizikal anak – anak amat didambakan oleh sebuah keluarga bahagia.
Bagaimana dan sudahkah abie diluar sana bersedia untuk menyahut cabaran ini? Jika sudah, sama – samalah kita menikmati hidup yang lebih tenteram dan penuh kesyukuran. Tetapi itu semua bukan tanggungjawab Abie semata – mata. Ummie pun perlu memainkan peranan untuk membentuk generasi abie yang prihatin.
Setiap yang berjaya itu pasti bermula dari rumah. Didiklah anak – anak lelaki kita agar menjadi lebih bertanggungjawab dan mencintai kehidupan berkeluarga. Usah lepaskan mereka kedunia luar tanpa mengasuh mereka tentang tanggungjawab menjaga diri dan keluarga.
Didiklah anak – anak lelaki kita untuk menyediakan keperluan diri sendiri seperti makan, minum, pakaian dan kebersihan tempat tinggal. Bila tanggungjawab asas ini berjaya mereka laksanakan, bererti separuh daripada cabaran dunia luar akan mampu mereka tangani.
Perasaan diperlukan, kasih sayang, tanggungjawab dan malu akan menjadi pendinding kepada mereka daripada terjebak dalam anasir yang tidak diingini. Perkara ini akan lebih mudah dilakukan dengan kerjasama papa yang sememangnya prihatin terhadap keperluan keluarga. Usah timbulkan situasi, “Ini kerja kau dan itu kerja aku !” di kalangan anak – anak tidak kira lelaki atau perempuan. Asuhlah mereka memikul tanggungjawab ibarat kata pepatah, “Yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul.”
Pepatah melayu ada mengatakan, “Tak macho lelaki kalau tak boleh bangun subuh.” Jadi, Abie yang macho mestilah bersedia untuk bangun pagi. Tolong berkemas dan siapkan anak – anak ke sekolah. Barulah berbaloi, sejuk hati isteri dari pagi hingga kemalam.
Jadilah lelaki yang berkobar – kobar bangun pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja dan pada sebelah petangnya berkobar – kobar untuk pulang kerumah.
Tak sabar hendak melihat keletah anak – anak dan membantu mereka membuat kerja sekolah.
Walaupun tidak ada statistic yang menunjukkan bahawa rumah tangga akan lebih bahagia jika papa pulang awal dan ringan tulang, namun saya yakin kebanyakan isteri dan anak – anak memang mahukan kewujudan “lelaki macho” di sisi mereka.

“Abie,andai kau melihat keluasan lautan dengan pandanganmu,maka kasihku lebih luas nilainya padamu.”

I LIKE SAYUR
Susah memberikan anak makan sayur? anda bukan keseorangan,banyak lagi ibu bapa di dunia ini mengalami masalah serupa termasuk sy sendiri.
Bukan mudah mengajar anak sukakan sayur.Cara terbaik adalah memastikan anak mendapat semua khasiat sayuran dengan memberikan berbagai jenis sayuran.Antaranya :-
  1. SAYURAN BERDAUN HIJAU           Bayam,sawi,kailan,kangkung dan ulam-ulaman
  2. SAYURAN BERBATANG                  Saderi and asparagus
  3. SAYURAN JENIS AKAR                   Lobak merah-putih,ubi dan keledek
  4. SAYURAN JENIS BUAH                  Tomato,terung dan pisang
  5. SAYURAN JENIS KEKACANG       Kacang buncis,panjang dan botol
  6. SAYURAN JENIS BUNGA               Kubis, kubis bunga dan brokoli
Satu lagi cara dengn memperkenalkan sayuran yang dilumatkan bersama bubur seawal usia bayi 4 bulan.Seandainya anda "terlambat" jangan risau, anda boleh mencuba dengan memberi sayur dlm kuantiti yg kecil dan dipertingkatkan dari masa ke semasa, pujian,pujukan dan galakan secara langsung atau tidak langsung juga penting.
Selain itu cara hidangan juga memainkan peranan seperti menghias sayur yang siap dimasak secara kreatif dan sesuai mengikut usia untuk menarik minat anak mencuba makanan tersebut.Jika anak masih gagal meminati sayur, jangan di marah atau di herdik.Sebaliknya, adalah lebih bagus jika anda menasihati dan menerangkan mengapa perlunya manusia makan sayur.
Alhamdulillah sehingga sekarang sy masih melakukannya dan akan terus lakukan walaupun anak sy sudah menjadi penggemar sayur.


SAYA SUDAH MENCUBA ANDA BILA LAGI   
Ummie DZgroup
         
IBU COMEL-KAWAL PEMAKANAN

Tentu para ibu ingin tahu berapa byk khasiat tambahan yg perlu diambil semasa hamil?Adakah semua makanan yg berlemak tidak elok?
Kebanyakkan para ibu bimbang dgn penambahan berat yg ketara semasa hamil.Persoalan ini sering timbul kerana tersalah anggap bahawa susu itu menggemukkan dan pengambilan lemak *Tanpa mengira jenis lemak*adalah faktor utama yg menyebabkan berat badan bertambah.
Hakikatnya, ibu hamil atau sedang menyusukan bayi,penting mengetahui tentang Kalori Tambahan yg diperlukan utk memastikan anak membesar dgn sihat.Kalori diperolehi dari 3 kumpulan makanan utama :
  1. Karbohidrat       130g             Ibu hamil   175g
  2. Protein               46g               Ibu hamil   71g
  3. Lemak               20-35g          Ibu hamil   20-35g
  4. Jumlah kalori      2200kkal      2500kkal-Tambahan 300kkal
Ramai yg bertanggapan apabila hamil,kita perlu makan untuk '2 orang' - ini tidak bermakna perlu mengambil 2 kali ganda apa yg dimakan! Dari bulan ke-3 kehamilan dan seterusnya,para ibu perlu mengambil 300 kalori tambahan sehari disamping diet harian biasa.
Untuk memastikan fetus dapat semua khasiat penting yg diperlukan, diet perlu terdiri daripada makanan yg kaya dgn zat seperti  :
  1. Sayur-sayuran
  2. Buah-buahan
  3. Susu yg diperkaya - Anmum Materna (ikut kesesuian)
Hope catatan ini dapat membantu para ibu.
Ummie Dzgroup

KHASIAT KALSIUM
  1. Kalsium merupakan mineral penting dlm tubuh dan 99% terdapat dlm tulang serta dlm gigi,plasma darah,cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  2. Kalsium perlu utk proses pembekuan darah,penghantaran tindak balas saraf,tenaga utk jantung dan kontraksi otot.
  3. Keperluan kalsium tinggi semasa baligh dan remaja seseorang.
  4. Pengambilan kalsium yg tidak cukup,penyerapan kalsium yg rendah dan kehilangan kalsium boleh kurangkan pemendapan mineral pada tulang serta menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  5. Bagi kanak-kanak,keperluan kalsium sangat penting utk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  6. Pengambilan kalsium mencukupi perlu utk membina asas tulang yg kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  7. Kanak-kanak berusia antara 1 -3 tahun disarankan mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari.Bagi kanak-kanak 4-8 tahun,memerlukan kira2 800gm kalsium sehari.
  8. Susu kaya dengan kalsium,kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat penuhi keperluan kalsium hariannya.
  9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dgn minum susu.Keadaan semula jadinya dlm bentuk cecair mudah diserap oleh tubuh.
  10. Segelas susu memberi anak anda kira2 250mg - 500mg kalsium.Pastikan anak anda minum 2 gelas susu sehari utk dapat kalsium secukupnya.
  11. Bagi kanak-kanak yg tidak gemar minum susu,ibu bapa harus mencari alternatif lain yg dapat membekal kalsium pada anak - cheers
  12. Makanan yg kaya dengan kalsium selain susu ialah keju,yogurt,tauhu,brokoli,roti gandum penuh dan susu soya.
  13. Makanan bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya degan kalsium.Lihat label makanan dan pastikan kandungan kalsium yg ada dlmnya.
  14. Untuk penyerapan maksimum dlm tulang,kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
  15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit rickets.
  16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yg tinggi lemak seperti coklat kerana asid oxalic akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  17. Secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  18. Kalsium dlm tulang tidak sentiasa kekal dlmnya.Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium serta turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya dari sumber makanan.
  19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan lebih mudah diserap.
  20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak,berikan snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkan makanan bersama susu.
Ummie Dzgroup